Selamat Datang 2026


Selamat Datang 2026

Selamat datang 2026. Tahun baru, azam baru, semangat baru dan semestinya kita mendoakan yang baik-baik sahaja untuk kita semua pada tahun 2026 ini.

 

Dan pastinya saya yakin, antara perkara penting yang selalu kita utamakan ialah kesihatan. Pernah dengarkan orang kata, biarlah banyak duit macam mana pun tapi kalau badan tak sihat, hilang semuanya. Biarlah kaya raya, tapi bila sakit, nak urus diri sendiri pun tak boleh, apatah lagi nak melancong atau mengelilingi dunia, ia satu yang mutahil kan? 

 

Masa muda dulu, jujurnya saya pun tak berapa peka tentang kesihatan ni. Tau nak cantik je. Nak kurus, nak kulit cantuk, nak pakai baju lawa-lawa. Tapi bila dah masuk 40-an ni, baru kesedaran mula timbul di mana bila tengok kawan-kawan seusia mula sakit, automatik tau tiada lain yang lebih penting dari kesihatan selepas nikmat iman. So saya rasa terpanggil untuk ‘educate’ adik-adik saya yang masih muda di luar sana untuk menjaga kesihatan, kurangkan minum air manis dan amalkan gaya hidup yang sihat. 

 

Alhamdulillah November 2025 saya dah mula berjinak-jinak dengan gym. Walaupun tak pernah terfikir nak masuk gym, buat latihan angkat berat semua tu, tapi yerlah mungkin ni jalan yang Allah bukakan untuk saya supaya terus menjaga kesihatan dengan baik dan konsisten.

 

Dan ye tak lupa juga, saya akan kongsikan pemakan yang sihat, lebihkan real foods dan support juga dengan suplement. Saya semestinya setia dengan vitamin Shaklee saya. Dah 15 tahun saya amalkan Shaklee ni alhamdulillah. Ada hari konsisten, ada hari terlupa itu perkara biasa. Kita pun manusia yang alpa kan.. haha.. yang pasti, vitamin sentiasa ada di rumah, kalau ada yang tak sihat boleh cepat-cepat makan vitamin, bantu badan kuat semulajadi. 

 

Akhirul kalam, terima kasih menjenguk ke blog saya ni. Sekali lagi selamat datang 2026, semoga yang manis-manis untuk kita semua pada tahun ini. 

 

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.